Wednesday, September 24, 2008
Sunday, September 21, 2008
bUKa pOSe'08
Missing all this moment. Ini adalah kesekian kalinya MAJLIS BERBUKA PUASA kali ke 3 sepanjang 4 tahun pengajian. Rindu rasa sebab bagi tahun 2009 ini tiada lagi majlis berbuka puasa seperti ini. harap pihak AJK Tertinggi dapat menganjurkan lagi majlis macam nie.He3 bukan apa mengeratkan silaturrahim yang dah sememangnya erat nie.Rindu bangat.Pasti kenangan ini akan tetap tersemat dihati.
.:LOVE YOU ALL:.
Thursday, September 11, 2008
bored today

.:bOrED TODAY:.
Apa lagi yang masih belum selesai
sepanjang minggu ini.. Huhuhu..
Masih banyak.. Tak terkira rasanya.Pening
Masih banyak eprkara lagi minggu ini yang belum disiapkan. Minggu depan sahaja nak hantar assing En.Aziz = brocure dan ceramah masih belum disiapkan lagi. Bukan menangguh kerja tapi tak berkesempatan. dengan tesis lagi..warggghhhh!!!!minggu ke 13 dah nak submit markah untuk tesis..ni dah start pening ni..instrument dah ada tapi tak tahu nak pilih mana satu..nak kata malas pun yer juga..malas nak pikir la tu..hari ni nak wat rakaman ceramah tapi tak tahu la nak wat kat mana..hati berbelah bagi lagi..nak balik rumah atau tak minggu ini. tak balik mama tanya lagi..raya dah makin menjelang..kerja masih berlambak..macamana la nak raya dengan tenang..hhehehe..nampaknya raya dengan ketidakamanan la yer..dalam hati ni yang pening..
Wednesday, September 10, 2008

biarpun dia selalu buat anda menangis..
biarpun selalu buat anda ketawa..
biarpun selalu buat anda benci..
DIA tetap pentingkan..
.:Koleksi Tree Terkini:.
.:Cha NYE:.:Mar NYE:.:Wani NYE:.



Tuesday, September 9, 2008
.:Begini Mudah Menilai:.
Kesepian menjadikan CINTA semakin mendalam. CINTA daripada gadis yang pendiam dan pemalu adalah sifat sejati. Sifat pendiam dan malu membuatkan CINTA dari hatinya mengalir untuk yang satu. CINTA seorang gadis desa penuh dengan kesetiaan dan kejujuran. Hubungan sosialnya dengan kawan-kawan yang selalu terbatas menyebabkan dia hanya memadai mengenali yang diCINTAinya. Ditambah kesunyian suasana desa yang damai, terasing dan jauh dari kekalutan kota yang sentiasa palsu penuh kepuraan CINTA.
Di celah kehidupan kampung diselubungi sepi, CINTA menjadi fokus utama dalam hati seorang remaja desa. CINTA lahir dalam hati kerana kesunyian dan kesepian seringkali mengundang kepada kerinduan. Dari kerinduan menghasilkan pelbagai penyeksaan kerinduan batin dan CINTA itu adalah suci sekiranya dibatasi landasan syariat. CINTA seorang gadis desa penuh berliku dan melalui ranjau yang berduri. Tiada apa yang dapat menghiburkan hati melainkan sekeping potret sebagai penawar. Di waktu malam, dinginnya udara, bisunya alam dari bunyian dibilas dari samar-samar cahaya bulan mengundang soal CINTA mula bermain di hati.
Tiada teman berbicara, CINTA dalam hati cukup berkecamuk. Pelbagai anggapan dan tafsiran datang berombak-ombak bersama rasa kepiluan dalam hati. Mungkinkah yang diCINTAi tidak dapat dimiliki? Dari hari ke hari, CINTA kian bersemi dalam dakapan hari sewaktu berlari. Dalam diari perasaan diluahkan demi mencari kedamaian hati. Di taman sanubari CINTA telah bersatu untuk melakar hidup di alam yang diimpikan.
CINTA gadis kota pula jarang sekali kesetiaan dihargai dan senang tawar CINTAnya. Mudah hatinya bertukar dan berubah mengikut cita rasa. Kenangan yang dibina mudah bertiup pergi seumpama debu-debu kian berterbangan. Hubungan sosial yang luas memadamkan perasaan CINTA yang satu dan secara mendalam keasyikannya. Kesetiaan jarang dihormati kerana CINTA yang satu mengheningi tiada terpaut kukuh di dalam lubuk hati. Kesibukan waktu menyekat perasaan CINTA mengalir deras dalam belahan jiwa. Malah CINTA yang lahir senang mati apabila sesuatu yang terjadi di luar dugaan. Kemuncaknya dalam perCINTAan banyak perkara boleh berlaku. Apatah lagi keadaan trend kini óne night stand’ sudah menjadi perkara biasa untuk membuktikan CINTA bila sampai ke paras kemuncaknya.
Inikah penilaian yang diberi..tidak mengenali usah menyatakan tentang hati budi..sememangnya ia boleh dizahirkan tapi tiada siapa yang tahu keluhuran hati seseorang..usah menilai dari luaran..lihat jauh ke dalam diri adakah diri sebaiknya untuk mendapat ciptaanNya yang diingini.RENUNGKANLAH..
Sunday, September 7, 2008



perasaan kita dan apa yang difikirkan kala waktu itu..lihat sahaja di sebelah ini..macam-macam bentuk yang dapat dilihat..kreatif bukan.. banyak dipelajari tentang diri dan bagaimana mendengar masalah kanak-kanak dengan lebih baik..kelas ini begitu banyak memberi input..mungkin juga aku sukakan benda sebegini dan belum puas bermain..lupa sebentar keletihan belajar dan melalui permainan ini dapat ekspresikan perasaan..
.:KepadaMu Kekasih:.
Aku berserah,
Jiwa dan raga,
Jua segalanya....
Apakah kau akan menerima,
penyerahan ini...
Apakah kau akan menerimaku,
Dalam keadaan begini..
6 minggu bersama kami membuat untuk menyiapkannya..
terhasillah sebuah video yang penuh syahdu ini..