Tuesday, September 9, 2008


.:Begini Mudah Menilai:.

Kesepian menjadikan CINTA semakin mendalam. CINTA daripada gadis yang pendiam dan pemalu adalah sifat sejati. Sifat pendiam dan malu membuatkan CINTA dari hatinya mengalir untuk yang satu. CINTA seorang gadis desa penuh dengan kesetiaan dan kejujuran. Hubungan sosialnya dengan kawan-kawan yang selalu terbatas menyebabkan dia hanya memadai mengenali yang diCINTAinya. Ditambah kesunyian suasana desa yang damai, terasing dan jauh dari kekalutan kota yang sentiasa palsu penuh kepuraan CINTA.

Di celah kehidupan kampung diselubungi sepi, CINTA menjadi fokus utama dalam hati seorang remaja desa. CINTA lahir dalam hati kerana kesunyian dan kesepian seringkali mengundang kepada kerinduan. Dari kerinduan menghasilkan pelbagai penyeksaan kerinduan batin dan CINTA itu adalah suci sekiranya dibatasi landasan syariat. CINTA seorang gadis desa penuh berliku dan melalui ranjau yang berduri. Tiada apa yang dapat menghiburkan hati melainkan sekeping potret sebagai penawar. Di waktu malam, dinginnya udara, bisunya alam dari bunyian dibilas dari samar-samar cahaya bulan mengundang soal CINTA mula bermain di hati.

Tiada teman berbicara, CINTA dalam hati cukup berkecamuk. Pelbagai anggapan dan tafsiran datang berombak-ombak bersama rasa kepiluan dalam hati. Mungkinkah yang diCINTAi tidak dapat dimiliki? Dari hari ke hari, CINTA kian bersemi dalam dakapan hari sewaktu berlari. Dalam diari perasaan diluahkan demi mencari kedamaian hati. Di taman sanubari CINTA telah bersatu untuk melakar hidup di alam yang diimpikan.

CINTA gadis kota pula jarang sekali kesetiaan dihargai dan senang tawar CINTAnya. Mudah hatinya bertukar dan berubah mengikut cita rasa. Kenangan yang dibina mudah bertiup pergi seumpama debu-debu kian berterbangan. Hubungan sosial yang luas memadamkan perasaan CINTA yang satu dan secara mendalam keasyikannya. Kesetiaan jarang dihormati kerana CINTA yang satu mengheningi tiada terpaut kukuh di dalam lubuk hati. Kesibukan waktu menyekat perasaan CINTA mengalir deras dalam belahan jiwa. Malah CINTA yang lahir senang mati apabila sesuatu yang terjadi di luar dugaan. Kemuncaknya dalam perCINTAan banyak perkara boleh berlaku. Apatah lagi keadaan trend kini óne night stand’ sudah menjadi perkara biasa untuk membuktikan CINTA bila sampai ke paras kemuncaknya.

Inikah penilaian yang diberi..tidak mengenali usah menyatakan tentang hati budi..sememangnya ia boleh dizahirkan tapi tiada siapa yang tahu keluhuran hati seseorang..usah menilai dari luaran..lihat jauh ke dalam diri adakah diri sebaiknya untuk mendapat ciptaanNya yang diingini.RENUNGKANLAH..

0 comments:


ME

ME

myMAMA

myMAMA

AYAH n ADIK

AYAH n ADIK

ADIK

ADIK

kak MEERA

kak MEERA

ANGAH

ANGAH

ADAM haris

ADAM haris

miSs

miSs
 

piecesofME | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates