Saturday, December 26, 2009

.:kecintaan DUNIA:.

Rasulullah SAW bersabda:

"Siapa di waktu pagi lebih mementingkan dunia maka dia tidak memiliki sesuatu dar Allah. Malah Allah menetapkan empat hal dalam hatinya, kedukaan yang tidak pernah ada putusnya, kesibukan yang tidak pernah ada rehatnya, kekafiran yang tidak pernah sampai kaya dan angan-angan yang tidak pernah ada hentinya" [Penenang Jiwa, 2008]

Daripada keempat-empat perkara di atas buleh dikatakan semuanya ada berlaku dalam hidupku..Dunia memang melalaikan, dunia memang mengasyikkan, dunia memang memabukkan, dan bila kecintaan dunia datang tiada satu pun ketenangan akan hadir..sukar berjuang tetapi itu yang eprlu dilakukan untuk pengekalan hidup yang abadi kelak..

Friday, December 25, 2009

.:old TOWN n UPSI:.

Tuesday, December 22, 2009

.:strong:.

i'm strong right now..
make my life happy now..

Monday, December 21, 2009

.:KOSMO 22 dis 2009:.

Menarik cebisan ayat yang kubaca dari KOSMO hari ini.Bercerita tentang sebuah buku 'The old man and the sea'.Aku begitu menrik dgn jalan cerita buku tersebut tetapi ada sebaris ayat perenggan yang lebih membanggakan untuk dikongsi:

Dalam kehidupan,
banyak belenggu perkara-perkara yang tidak kita fahami,
tanpa sedar, sering ada pada bila-bila masa.
Kerap juga manusia mengeluh,
sendiri kepada entah siapa,
bercerita tentang hal-hal berkenaan.
Saat itu kadangkala memerlukan kita untuk bersendirian
dan bercakap dengan sendiri..
iaitu sebagai sebuah renungan barangkali.

Tanpa kita sedari,
detik itulah yang paling diperlukan oleh diri sendiri,
mengambil masa dan ruang untuk diri
agar kemudiannya mampu kembali kepada kenyataan
dan
mendepani apa sahaja yang perlu..

Friday, December 18, 2009

.:HIJRAH 1 Muharram 1413:.


Muharram & Asshura
Pada 18hb Disember 2009 semalam, kita menyambut tahun baru hijrah iaitu 1 Muharram 1431. Sambutan maal hijrah pada tahun ini memberi pengertian yang bermakna dalam hidupku dan yang pastinya memberikan seribu pengertian pada oarang-orang yang rapat disekelilingku juga. Alhamdulillah kerana aku masih bernafas dengan nikmat yang diberikaNYA untuk menjengah pada tahun baru ini.

Bacaanku dalam metro semalam [18 disember 2009] menarik beberapa perkara untuk dikongsi. Mutiara doa untuk tahun baru ini:

Doa awal tahun:
Doa ini dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharam,
"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya."
"Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian konconya, tenteranya, dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu."
"Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."
AMIN


Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura:
1. Melapangkan masa membelanjakan anak isteri
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan orang sesat
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi sunat
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat 4 rakaat
[Rakaat pertama dan kedua setelah al-Fatihah baca surah al- Ikhlas 11 kali]
12. Menjamu orng berbuka puasa
13. Puasa

.:FRIENDship:.

AZLINI, HIDAYAH, NURUL [ME]

.:life n WORK:.


IME (M) SDN BHD

Inilah antara koleksi gambar paling terbaru aku..hari raya haji hari tu..uhuhu..nak tnjuk kreativiti sikit gambar nie..thats my new life..SEBAGAI WANITA BEKERJAYA..bekerjaya sangat sampai sabtu ahad pun kene keje..its ok..anyway banyak perkara yang belajar kat sini sebab byk masa terluang untuk baca buku, main internet..[bukan curi tulang tau..keje yang menuntut begini]..keh keh keh

Wednesday, December 16, 2009

.:SAKIT:.

aku..
sakit..
sakit..
dan masih sakit lagi..

aku..
kataku nak berubah..
kataku redha..
kataku tidak ingin berharap..

tapi..
aku masih sama..
kenapa aku begini..
aku benci diri aku yg begini..

aku..
masih menginggat kenangan silam..
masih menginggat seseorang..
yang tidak pernah meletakkan aku dalam hatinya..

belajarlah..
menjadi kuat..
menjadi manusia yang berhati dan peri kemanusiaan..
menjadi manusia yang tahu menghargai..

.:me & LIFE:.

"what goes around, comes around" thats the best word for me..Terima Kasih dugaan yang datang..aku belajar..alhamdulillah aku masih kuat kerana tidak berpatah balik pada keputusan yang dulu..aku bimbang hidup dalam kekeliruan yang amat dasyat lagi..takut..kali ni tiada lagi, janji tiada lagi harapan..aku masih takut..bimbang tiada apa yang dapat ditepati kelak..aku lebih selesa menulis di sini sekarang..kerana tiada siapa yang mengetahui..emm..Dugaan yang datang semalam benarlah..walaupun aku tidak marah dgn atas apa yg berlaku..sebab aku masih boleh wat muka rilek jer..tapi aku bersedar di saat sahabat ku menyatakan bahawa:

" HIDUP MANUSIA KADANG KALA DI ATAS, KADANG KALA DI BAWAH..MKCIK RASA MACAMANAKAN.. KALAU DULU KITE TIPU ORANG, SEKARANG ORANG TIPU KITE BALIK.."

aku tak nafikan..kesakitan aku terhadap berisan ayat itu..beliau mematangkan aku..istiqamah katanya..emm.aku perlu berubah..berubah yang sebenarnya..walaupun sakit..itulah balasan yang harus aku tanggung..marah juga rasanya dengan kata-katanya tapi bila difikirkan balik ada benarnya..maka aku ambil keputusan melepaskannya tanpa pengharapan yang mengunung ku letakkan sebelum ini..hanya pada Allah aku memohon kini..moga dosa silam ku dapat dikikis dan seterusnya menunjukkan jalan yang terbaik bagi diriku..

SEDIH melihat kasih sayang orang yang begitu sayangkan kita..tapi apabila dia dah membuat keputusan dulu..aku sedar itulah keputusan sebenarnya pada dirinya dan aku..dia kata dia buat keputusan di bawah paras sedar..emm..aku tahu..die ceritakan semuanya..tapi smpi ble keadaan hendak berterusan begini..rasanya dalam 7 tahun nie..tahun nie merupakan kesakitan yang sgt kuat bagi diriku atas dosa-dosa lalu..aku menyayangi manusia lain melebihi diri aku sendiri..tapi kesakitan yang aku dapat adalah atas perbuatan aku terhadap seseorang dulu..kini aku harus pasrah..bukan sahaja dibibir, malah hati, fikiran, jiwa ku pasrah terhadap yang ESA..dan menerima ketentuannya dengan hati terbuka..aku masih mencuba..bimbang benar aku tidak kuat..tapi aku tahu kekuatan itu terletak pada diri aku sendiri..bukan pada orang lain..amin..

Monday, December 14, 2009

.:senyuman KUALA LUMPUR:.


Kuala Lumpur senyumanmu
Di pagi ini Sungguh bererti
Kerna _ _ _ bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Dilebuhraya Dipapan tanda
Tergambar wajah_ _
Dengan kalimat _ _ _ untuk _ _
Semoga kekal selamanya
Bila ku bisikan puisi _ _ _
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan _ _ _
Agar bersinar sentiasa

Terima kasih ku ucapkan
Oh kepadamu
KUALA LUMPUR
Kerna kau telah temukan
antara kami berdua

Friday, December 11, 2009

.:RABBIT datang:.


come tak rabbit ni..huhuhu tetiba jadi gila rabbit..semalam pagi ada rabbit datang merayau2 dalam umah tepi pasu bunga mama..come sangat..sian die..ekor die sakit..ayah nmpak mcm gentle jer..biarlah dia ayah kata..sian tgk rabbit tue..macam takut..melompot kedek-kedek..ekor die sakit..putus..balik keje semalam mama kata tuan rabbit dah amik rabbit..baru nak jaga..sian ayah..dia g kedai semata-mata nak belikan carrot kat rabbit tue [touching lah plak ayah ni]..kata mama ayah siap tolong patah-patahkan lagi carrot tu sian rabbit tu tak leh nak gigit..tetiba tuan die lalu depan rumah..ngah cari rabbit die..klu tak bertambah binatang peliharaan kat umah ni dgn kucing yng makan byk..mulut bising..tapi tu lah penyeri rumah ni..sayang..klu tak leh jaga rabbit..sayu je bila mama cite..ayah tu penyayang orang nye..kelakar pun ada..dalam kegagahan ayah dan bermisai tebal tu hati die tersentuh juga pada rabbit yang comel nie..

Wednesday, December 9, 2009

.:belajar SENDIRI:.

sayang Nya dia padaku..
Dia tunjukkan jalan untuk perubahan ku..
Dia selamatkan aku dari kelalaian sendiri..
Dia berikan ku kekuatan untuk terus berdiri..
dikala aku jatuh..
dikala aku perlukan seseorang..
Dia ada..

kata kawanku..
ini hikmah buatku..
Dia, Tuhanku memang sayangkan aku..
dia berikan banyak petunjuk..
cuma dulu aku kurang sedar..
aku memaksa keadaan..
menjadi seperti kehendakku..
kini..
ku bukakan mata..
ku bukakan telinga..
ku bukakan hati..
terima selapangnya..
takdir NYa..

aku..
cari kekuatan sendiri..
dulu aku tak mampu berdiri sendiri..
manusia..
selalu bergantung pada manusia lain untuk kebahagiaan dirinya..
kini..
aku belajar..
menilai kelemahan diri..
berusaha..
tawakal..dan ..
berdoa..
agar ada jodoh yang terbaik buat diriku kelak..

aku harus belajar..
untuk menjadi tabah..
untuk tidak menangis selalu..
untuk terus berdiri dengan kudrat yang diberikanNya..

Friday, December 4, 2009

.:lemah LEMBUT WANITA:.

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam,
wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .
celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam...

Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Wednesday, December 2, 2009

.:aku JAHAT:.

DULU
tak kala ada yang berkata..
aku jahat..
aku pekakkan je..
sebab aku selalu berharap
suatu hari aku boleh jadi baik kembali..

KINI
bila sahabatku mengakui kejahatan ku..
aku kelu..
terima kasih..
akhirnya Tuhan bantu dia melihat kebenarannya..

aku terima..
aku terima..
aku jahat..
namun aku tidak perlu terus berada dalam kejahatan ini..
aku harus keluar kini..

.:twilight saga NEW MOON:.

ntah ape2 ntah tajuk cte nie..aku tak pernah tgk pun cte mcm nie sebelum nie..tetiba cuti semalam bosan duk umah ajak adik g tgk wayang..kata adik cte nie best..uh..tak caya langsung aku semalam..takkan la cte puntilanak bercinta ngn manusia leh jd best nye..tepat jam 5 smlm tgk cte nie kat jusco seremban 2..ramai gak org smlm..tiket murah kot..hari rabu..best g jalan MPH dan POPULAR..skrg aku ada hobi baru..suka tgk buku..mungkin dah tua nie kot..nak tambah ilmu..hihihi..ngaku pun..kutuk gle2 slm nak tgk cte nie..tp terpaksa la tgk kes nye dah tgk cte 2012 hari tue..takkan nak tgk cte jalang lak [bukan tak sokong cte melayu tau]..tajuknya tak memartabatkan langsung dunia perfileman [ceh tetiba jd Prof Razak Mohayddin nye isteri]..



that's my hensem guy..mula2 die kuar dalam panggung smlm adik cte ramai budak2 gle kan mamat nie..ape ke hal nye minat mamat kuntilanak nie..dah la muka pucat semacam.. rupanye baru aku phm..sebab die humble sgt..mencintai kekasih nye sepenuh hati..sbb tue la ramai glekan die..ade ker kuuntilanak mcm nie dalam dunia..nak gak kenal..rela ku berikan semangkuk darah untuknyer..hehehe..comekan kuntilanak nie..sape nama die yer [jap bru nak amik tahu..nak cr dalam tenet jap]..ooo bru tahu nama die Robert Pattison dalam cte tue die berlakon sbg Edward Cullen..yang kat bawah nie salah satu gmbr die ngn swan..heroin cte nie..





ME

ME

myMAMA

myMAMA

AYAH n ADIK

AYAH n ADIK

ADIK

ADIK

kak MEERA

kak MEERA

ANGAH

ANGAH

ADAM haris

ADAM haris

miSs

miSs
 

piecesofME | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates