Muharram & Asshura
Pada 18hb Disember 2009 semalam, kita menyambut tahun baru hijrah iaitu 1 Muharram 1431. Sambutan maal hijrah pada tahun ini memberi pengertian yang bermakna dalam hidupku dan yang pastinya memberikan seribu pengertian pada oarang-orang yang rapat disekelilingku juga. Alhamdulillah kerana aku masih bernafas dengan nikmat yang diberikaNYA untuk menjengah pada tahun baru ini.

Doa awal tahun:
Doa ini dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharam,
"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya."
"Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian konconya, tenteranya, dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu."
"Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."
AMIN
Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura:
1. Melapangkan masa membelanjakan anak isteri
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan orang sesat
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi sunat
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat 4 rakaat
[Rakaat pertama dan kedua setelah al-Fatihah baca surah al- Ikhlas 11 kali]
12. Menjamu orng berbuka puasa
13. Puasa
0 comments:
Post a Comment