Saturday, December 26, 2009
.:kecintaan DUNIA:.
"Siapa di waktu pagi lebih mementingkan dunia maka dia tidak memiliki sesuatu dar Allah. Malah Allah menetapkan empat hal dalam hatinya, kedukaan yang tidak pernah ada putusnya, kesibukan yang tidak pernah ada rehatnya, kekafiran yang tidak pernah sampai kaya dan angan-angan yang tidak pernah ada hentinya" [Penenang Jiwa, 2008]
Daripada keempat-empat perkara di atas buleh dikatakan semuanya ada berlaku dalam hidupku..Dunia memang melalaikan, dunia memang mengasyikkan, dunia memang memabukkan, dan bila kecintaan dunia datang tiada satu pun ketenangan akan hadir..sukar berjuang tetapi itu yang eprlu dilakukan untuk pengekalan hidup yang abadi kelak..
Friday, December 25, 2009
Tuesday, December 22, 2009
Monday, December 21, 2009
.:KOSMO 22 dis 2009:.
Dalam kehidupan,
banyak belenggu perkara-perkara yang tidak kita fahami,
tanpa sedar, sering ada pada bila-bila masa.
Kerap juga manusia mengeluh,
sendiri kepada entah siapa,
bercerita tentang hal-hal berkenaan.
Saat itu kadangkala memerlukan kita untuk bersendirian
dan bercakap dengan sendiri..
iaitu sebagai sebuah renungan barangkali.
Tanpa kita sedari,
detik itulah yang paling diperlukan oleh diri sendiri,
mengambil masa dan ruang untuk diri
agar kemudiannya mampu kembali kepada kenyataan
dan
mendepani apa sahaja yang perlu..
Friday, December 18, 2009
.:HIJRAH 1 Muharram 1413:.

Pada 18hb Disember 2009 semalam, kita menyambut tahun baru hijrah iaitu 1 Muharram 1431. Sambutan maal hijrah pada tahun ini memberi pengertian yang bermakna dalam hidupku dan yang pastinya memberikan seribu pengertian pada oarang-orang yang rapat disekelilingku juga. Alhamdulillah kerana aku masih bernafas dengan nikmat yang diberikaNYA untuk menjengah pada tahun baru ini.

.:life n WORK:.

Wednesday, December 16, 2009
.:SAKIT:.
sakit..
sakit..
dan masih sakit lagi..
aku..
kataku nak berubah..
kataku redha..
kataku tidak ingin berharap..
tapi..
aku masih sama..
kenapa aku begini..
aku benci diri aku yg begini..
aku..
masih menginggat kenangan silam..
masih menginggat seseorang..
yang tidak pernah meletakkan aku dalam hatinya..
belajarlah..
menjadi kuat..
menjadi manusia yang berhati dan peri kemanusiaan..
menjadi manusia yang tahu menghargai..
.:me & LIFE:.
" HIDUP MANUSIA KADANG KALA DI ATAS, KADANG KALA DI BAWAH..MKCIK RASA MACAMANAKAN.. KALAU DULU KITE TIPU ORANG, SEKARANG ORANG TIPU KITE BALIK.."
aku tak nafikan..kesakitan aku terhadap berisan ayat itu..beliau mematangkan aku..istiqamah katanya..emm.aku perlu berubah..berubah yang sebenarnya..walaupun sakit..itulah balasan yang harus aku tanggung..marah juga rasanya dengan kata-katanya tapi bila difikirkan balik ada benarnya..maka aku ambil keputusan melepaskannya tanpa pengharapan yang mengunung ku letakkan sebelum ini..hanya pada Allah aku memohon kini..moga dosa silam ku dapat dikikis dan seterusnya menunjukkan jalan yang terbaik bagi diriku..
SEDIH melihat kasih sayang orang yang begitu sayangkan kita..tapi apabila dia dah membuat keputusan dulu..aku sedar itulah keputusan sebenarnya pada dirinya dan aku..dia kata dia buat keputusan di bawah paras sedar..emm..aku tahu..die ceritakan semuanya..tapi smpi ble keadaan hendak berterusan begini..rasanya dalam 7 tahun nie..tahun nie merupakan kesakitan yang sgt kuat bagi diriku atas dosa-dosa lalu..aku menyayangi manusia lain melebihi diri aku sendiri..tapi kesakitan yang aku dapat adalah atas perbuatan aku terhadap seseorang dulu..kini aku harus pasrah..bukan sahaja dibibir, malah hati, fikiran, jiwa ku pasrah terhadap yang ESA..dan menerima ketentuannya dengan hati terbuka..aku masih mencuba..bimbang benar aku tidak kuat..tapi aku tahu kekuatan itu terletak pada diri aku sendiri..bukan pada orang lain..amin..
Monday, December 14, 2009
.:senyuman KUALA LUMPUR:.

Friday, December 11, 2009
.:RABBIT datang:.

come tak rabbit ni..huhuhu tetiba jadi gila rabbit..semalam pagi ada rabbit datang merayau2 dalam umah tepi pasu bunga mama..come sangat..sian die..ekor die sakit..ayah nmpak mcm gentle jer..biarlah dia ayah kata..sian tgk rabbit tue..macam takut..melompot kedek-kedek..ekor die sakit..putus..balik keje semalam mama kata tuan rabbit dah amik rabbit..baru nak jaga..sian ayah..dia g kedai semata-mata nak belikan carrot kat rabbit tue [touching lah plak ayah ni]..kata mama ayah siap tolong patah-patahkan lagi carrot tu sian rabbit tu tak leh nak gigit..tetiba tuan die lalu depan rumah..ngah cari rabbit die..klu tak bertambah binatang peliharaan kat umah ni dgn kucing yng makan byk..mulut bising..tapi tu lah penyeri rumah ni..sayang..klu tak leh jaga rabbit..sayu je bila mama cite..ayah tu penyayang orang nye..kelakar pun ada..dalam kegagahan ayah dan bermisai tebal tu hati die tersentuh juga pada rabbit yang comel nie..
Wednesday, December 9, 2009
.:belajar SENDIRI:.
Dia tunjukkan jalan untuk perubahan ku..
Dia selamatkan aku dari kelalaian sendiri..
Dia berikan ku kekuatan untuk terus berdiri..
dikala aku jatuh..
dikala aku perlukan seseorang..
Dia ada..
kata kawanku..
ini hikmah buatku..
Dia, Tuhanku memang sayangkan aku..
dia berikan banyak petunjuk..
cuma dulu aku kurang sedar..
aku memaksa keadaan..
menjadi seperti kehendakku..
kini..
ku bukakan mata..
ku bukakan telinga..
ku bukakan hati..
terima selapangnya..
takdir NYa..
aku..
cari kekuatan sendiri..
dulu aku tak mampu berdiri sendiri..
manusia..
selalu bergantung pada manusia lain untuk kebahagiaan dirinya..
kini..
aku belajar..
menilai kelemahan diri..
berusaha..
tawakal..dan ..
berdoa..
agar ada jodoh yang terbaik buat diriku kelak..
aku harus belajar..
untuk menjadi tabah..
untuk tidak menangis selalu..
untuk terus berdiri dengan kudrat yang diberikanNya..
Friday, December 4, 2009
.:lemah LEMBUT WANITA:.
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam,
wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .
celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam...
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Wednesday, December 2, 2009
.:aku JAHAT:.
tak kala ada yang berkata..
aku jahat..
aku pekakkan je..
sebab aku selalu berharap
suatu hari aku boleh jadi baik kembali..
KINI
bila sahabatku mengakui kejahatan ku..
aku kelu..
terima kasih..
akhirnya Tuhan bantu dia melihat kebenarannya..
aku terima..
aku terima..
aku jahat..
namun aku tidak perlu terus berada dalam kejahatan ini..
aku harus keluar kini..
.:twilight saga NEW MOON:.


that's my hensem guy..mula2 die kuar dalam panggung smlm adik cte ramai budak2 gle kan mamat nie..ape ke hal nye minat mamat kuntilanak nie..dah la muka pucat semacam.. rupanye baru aku phm..sebab die humble sgt..mencintai kekasih nye sepenuh hati..sbb tue la ramai glekan die..ade ker kuuntilanak mcm nie dalam dunia..nak gak kenal..rela ku berikan semangkuk darah untuknyer..hehehe..comekan kuntilanak nie..sape nama die yer [jap bru nak amik tahu..nak cr dalam tenet jap]..ooo bru tahu nama die Robert Pattison dalam cte tue die berlakon sbg Edward Cullen..yang kat bawah nie salah satu gmbr die ngn swan..heroin cte nie..

Monday, November 30, 2009
.:menjaga SETIA bukan mudah:.
Dalam pembacaanku aku tertarik pada penulisan tentang makna sebenar kesetiaan:
Sunday, November 29, 2009
.:surat KEBENARAN menghadiri percutian:.
alamat pengirim,
Tarikh
Nama Penerima,
Alamat penerima,
Kehadapan .......,
PERMOHONAN UNTUK PERGI BERCUTI PADA [TARIKH]
Merujuk perkara di atas.
Saya.........., no. I.C. ingin meminta kebenaran untuk bercuti bersama.... & rakan-rakan. berikut adalah butiran tentang rancagan percutian yang akan dijalankan:
Tempat:..................
Tarikh:..................
Ahli :..................
Diharap kebenaran tuan/puan akan melancarkan lagi perancangan percutian ini. untuk rujukan tuan/puan sila rujuk halaman sebelah untuk perancangan aktiviti yang akan dijalankan. Majulah sukan untuk negara.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
...........
*P/S: Diharap kepada sahabat yang memerlukan surat ini, ia dapat membantu tuan ya.
Friday, November 27, 2009
.:ANGAH n friends:.
.:NUR dan pengorbanannya:.

Thursday, November 26, 2009
.:ungu KURUNGku:.
Wednesday, November 25, 2009
.:selamat hari raya aidiladha:.
Monday, November 23, 2009
.:nur KASIH:.


bahagia akhirnye sememngnya milik NUR..kesabaran kunci segalanya..harap pasti ada jodoh yang terbaik buatku suatu hari nanti..tak mungkin ku putus asa untuk memohon kerana itu sahaja uasaha yang aku mampu lakukan buat ketika ini..
.:kataku MAAF:.
.:kerna HATI:.
dengan hati, kita gembira.. kerana hati, kita bersedih.. dengan hati, kita menerima.. kerana hati, kita memberi.. dgn hati, kita sayang.. kerana hati, timbul rindu.. dengan hati, kita mencinta.. kerana hati, kita membenci.. dengan hati, kita tertarik.. kerana hati, kita binasa.. dengan hati, kita lakukan sesuatu baik.. kerana hati...fikirkn lah
Sunday, November 22, 2009
.:love is a riddle:.
.:MYSELF:.

Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor.
Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk d irumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Saturday, November 21, 2009
.:my PRACTICAL life:.



dua gmbar nie sgt mengamit kenangan..me n sya as a friend dan tak sangka jd kwn sepraktikal..byk perkara yg aku dapat dan pelajari dari die..hari2 ade je MUTIARA KATA yg die bg renungan kami bersama utk naikkan semangat aku yg merundum waktu praktikal dulu..hahah..yg duk jd mat rempit ngn aku tue nama die CIKGU WAN..hahaha kami psgn rempit serasi kan..wakakaka..die tue dh bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi..ups..ade lg sorg nama die CIKGU AZLIE..die sgt best orgnye..cool tp sgt mmbantu ble nak ape2 pertolongan..suka memikir..tp tak tahu ape yg difikirkan..dua-dua org kelate..wakakaka..aku nie mmg ditakdirkan kot dpt kwn ngn org kelantan..emm thats the best friend masa praktikal dulu..rindu sgt..jadi cikgu sgt .dalam bgtau anak murid kene diri sendiri..jd cikgu kaunseling nie yg best ada program kat BUKIT LAGONG mcm kat atas nie bleh g free..makan tanggung..lyanan first class..hati sejuk jer ble ade anak2 murid yg baik mcm HAWA, HAFIZ, NAQIUDDIN, uh rindu sgt..
.:my PRESENT birthday:.
.:PRESENT FOR 25TH BIRTH:.
hari ahad hari nie mmg membosankan..uhuhu namun masih ade yang tak membosankan ble lihat buku nie..ini lah hadiah paling bermakna sepanjang hidup aku 25tahun ini..hadih dari seorang kwn yg juga bermakna dalam hidupku..sejak akhir2 nie mungkin rezeki namanye..untuk tambah ilmu..ada shj buku agama yg datang untuk ku tmbah jd pembacaan ..em.. mungkin Tuhan sedang memberikan ketenangan yang abadi dari terus mengejar..sedangkan semuanya berjalan mengikut fitrah yang dikehendakiNya..pagi yg syahdu nie buatkan ku menulis tapi dgn kekurangan sesuatu...tak tahu ape..byk lagi yg dicari dalam hidup nie..but the best present for this year is the two of books..PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL begitu mengamit perasaan..harap sape yg hadir dalam blog ini dapat membaca isi buku ini juga..pastinya jauh disudut hati mahukan kehidupan seindah itu..
.:WAY to CONTINUE:.
Monday, May 4, 2009
love
The worst way to miss someone is to be sitting right next to them
knowing you can never have them